I made this widget at MyFlashFetish.com.

All about my blog

I choose English subject and Bahasa Melayu for my blog details. This is because i teach English and Bahasa Melayu in this year. I aslo post some rancangan pengajaran harian and reflection about the teaching in my blog. Welcome to visit my blog. Please commend me if i have mistake in my blog.
Thank you.

Saturday, December 10, 2011

Refleksi


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Pemulihan 2J
Tarikh : 7-4-2011
Masa : 2.00pm – 3.00pm
Bilagan Murid : 30 murid
Tajuk : Perkataan kv+kv+kv
Kemahiran : Perkataan kv +kv+kv
Hasil Pembelajaran : Pada akhir P & P ini, murid-murid dapat
           1. menulis 3 daripada 5 perkataan kv+kv+kv berdasarkan gambar dengan betul.


Refleksi:
          Dalam sesi p&p, kekuatannya ialah sesi pengajaran. Sesi pengajaran telah melibatkan aktiviti bagi murid-murid untuk membaca dan mengeja sebanyak beberapa kali. Ingatan murid-murid pemulihan adalah sangat lemah. Jadi, mereka perlu mengulangkaji banyak kali apabila mempelajari sesuatu. Aktiviti yang dirancang ini telah memenuhi kehendak murid-murid pemulihan. Saya telah meminta murid-murid untuk membaca dan mengeja sebanyak beberapa kali supaya dapat mengukuhkan ingatan murid-murid pemulihan.
          Selain itu, kad-kad ceraian suku kata juga sangat berguna kepada murid-murid pemulihan. Dengan adanya kad-kad ceraian suku kata ini, murid-murid lebih mudah untuk membaca perkataan tersebut kerana mereka dapat mengeja suku kata perkataan tersebut dahulu dengan bantuan kad-kad ceraian suku kata.
          Walaubagaimanapun, murid-murid pemulihan tidak mempunyai buku catatan sendiri untuk catatkan perkataan-perkataan yang baru dipelajari. Hal ini telah menyebabkan mereka tidak dapat mengulangkaji pelajaran di rumah dan menjadikan mereka tidak ingat perkataan-perkataan yang baru diajar.
          Dalam sesi p&p ini, saya berasa sangat gembira kerana hari ini saya lebih mesra dengan murid-murid pemulihan. Dengan ini, saya telah lebih memahami murid-murid pemulihan. Selain itu, lebih ramai murid-murid dapat menguasai kemahiran yang diajar berbanding dengan kali yang sebelumnya. Saya mula dapat merasai perasaan kejayaan walaupun bukan semua murid yang dapat menguasai kemahiran tersebut.
          Sebagai tindakan penambahbaikan, saya akan membeli buku 555 kepada murid-murid untuk mencatat perkataan-perkataan yang baru dipelajari supaya mereka dapat mengulangkaji di rumah. Buku kecil yang berjudul “Saya budak baik” yang telah dirancang sebelumnya akan bergabung dengan buku 555 supaya mereka tidak perlu bawa 2 buah buku pada masa yang sama.


Rancangan pengajaran harian


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : Pemulihan 2J

Tarikh : 7-4-2011

Masa : 2.00pm – 3.00pm

Bilagan Murid : 30 murid

Tajuk : Perkataan kv+kv+kv

Kemahiran : Perkataan kv +kv+kv



Hasil Pembelajaran : Pada akhir P & P ini, murid-murid dapat

1. menulis 3 daripada 5 perkataan kv+kv+kv berdasarkan gambar dengan betul.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid dapat menyatukan kad-kad ceraian suku kata untuk menjadi perkataan yang bermakna berdasarkan suku kata kv+kv+kv.

Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar, kad-kad suku kata, lembaran kerja,  

                                             kad manilakecil, pen marker.

Nilai Murni : kerajinan

Kemahiran Berfikir : menghubungkait

Langkah
Aktiviti P&P
Set induksi
(5 minit)
1.     Guru membimbing murid-murid untuk bercakap tentang perkataan kv+kv+kv yang telah diajar di sesi pengajaran yang sebelumnya.
2.     Guru membetulkan kesalahan murid-murid.

Langkah 1
(20 minit)
1.     Guru memaparkan gambar dan membimbing murid-murid untuk menyebut nama benda dalam gambar.
2.     Guru memaparkan nama benda tersebut dan membimbing murid-murid untuk membaca sebanyak 3 kali.
3.     Guru menceraikan suku kata perkataan dengan menampalkan kad-kad suku kata sambil membimbing murid-murid untuk mengeja dan membaca sebanyak 5 kali.
4.     Guru membetulkan bacaan murid yang salah.
5.     Langkah-langkah 1 hingga 4 diulangi dengan mengajar perkataan kv+kv+kv yang lain.

Langkah 2
(15 minit)
1.     Guru menulis perkataan kv+kv+kv yang telah dipelajari di buku latihan murid-murid.
2.     Murid-murid dikehendaki menulis tulisan di buku latihan sebanyak 5 kali bagi mengukuhkan ingatannya.

Langkah 3
(10 minit)
1.     Guru pilih salah satu kad gambar dan perkataan secara rawak dan paparkan di atas meja.
2.     Guru memilih murid-murid secara rawak untuk membaca dan mengeja perkataan kv+kv+kv tersebut.
3.     Guru menyemak bacaan dan ejaan murid-murid.

Penutup
(10 minit)
1.     Guru memberikan lembaran kerja kepada murid-murid .
2.     Guru menyemak hasil kerja murid-murid.



Friday, December 9, 2011

Refleksi


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Pemulihan 2J
Tarikh : 23-3-2011
Masa : 1.00pm – 2.00pm
Bilagan Murid : 30 murid
Tajuk : Perkataan kv+kv+kv
Kemahiran : Perkataan kv +kv+kv

Refleksi:

               Dalam sesi P&P yang bertempoh satu jam ini, kekuatannya ialah set induksi yang menarik telah dapat menarik minat dan perhatian murid-murid. Set induksi yang telah dijalankan ialah murid-murid dikehendaki meneka apa nama benda yang terdapat dalam gambar yang telah tersembunyi beberapa bahagian. Murid-murid telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti ini. Apabila guru mengumumkan jawapan, mereka berasa sangat gembira kerana telah menjawab dengan betul. Tambahan pula, gambar yang diteka ialah gambar kereta. Kereta merupakan benda yang disukai dalam kalangan murid-murid. Jadi ,set induksi ini adalah sangat berkesan.
               Cara pengajaran sayan yang terlalu cepat, tidak sesuai dengan murid-murid. Tahap penguasaan murid-murid adalah sangat lambat dan lemah. Hal ini telah menyebabkan kebanyakkan murid-murid tidak dapat mengikut p&p yang dijalankan.
               Apabila menyuruh murid-murid untuk membaca, saya telah mengajar mereka mengeja dahulu. Hal ini telah menjadikan satu kesalahan yang teruk kerana mereka hanya tahu membaca keseluruhan perkataan selepas mengeja suku kata. Ada sebahagian daripada mereka hanya tahu mengeja suku kata, tetapi tidak tahu membaca keseluruhan perkataan. Oleh itu, pafa akhir p&p, murid-murid masih tidak berupaya membaca perkataan sendiri.

Rancangan pengajaran harian


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : Pemulihan 2J

Tarikh : 23-3-2011

Masa : 1.00pm – 2.00pm

Bilagan Murid : 30 murid

Tajuk : Perkataan kv+kv+kv

Kemahiran : Perkataan kv +kv+kv



Hasil Pembelajaran : Pada akhir P & P ini, murid-murid dapat

1. menyebut 3 daripada 5 nama benda dalam gambar yang ditunjukkan dengan betul.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah dapat menyebut, mengeja, menyatukan suku kata dan menulis perkataan v+kv

Bahan Bantu Mengajar : Kad perkataan , gambar, sebahagian gambar kereta,  lembaran kerja

Nilai Murni : kerjasama

Kemahiran Berfikir : menghubungkait

Langkah
Aktiviti P&P
Set induksi
(3 minit)
1.     Guru memaparkan sebahagian daripada gambar kereta di papan hitam.
2.     Murid-murid meneka apa benda yang terdapat dalam gambar tersebut.
3.     Guru mengaitkan dengan pelajaran hari ini.

Langkah 1
(20 minit)
1.     Guru menggunakan gambar yang telah dipaparkan tadi dank ad perkataan dengan menampalnya di papan hitam.
2.     Guru membimbing murid-murid untuk membaca perkataan tersebut sebanyak 3 kali.
3.     Guru menjelaskan makna perkataan tersebut kepada murid-murid.
4.     Guru menceraikan perkataan tersebut kepada suku kata dan membimbing murid-murid untuk mengeja perkataan tersebut.
5.     Langkah-langkah 1 hingga 4 diulangi dengan menggunakan perkataan kepala, kamera, perahu, petani.

Langkah 2
(20 minit)
1.     Guru memberikan kad-kad ceraian suku kata kepada murid-murid.
2.     Murid-murid dikehendaki mencntumkan kad-kad ceraian suku kata yang telah diberikan berdasarkan apa yang baru dipelajari.

Langkah 3
(12 minit)
1.     Guru memberikan lembaran kerja kepada murid-murid.
2.     Guru menyemak hasil kerja murid-murid.

Penutup
(5 minit)
1.     Guru memaparkan gambar dank ad-kad perkataan yang baru dipelajari di atas papan hitam.
2.     Murid-murid membaca bersama-sama.
3.     Guru menyemak bacaan murid-murid.



rancangan pengajaran harian

Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3
Bilangan Murid : 32 orang
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Perayaan di Malaysia
Tarikh : 7 - 9- 2011
Masa : 60 minit
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;
i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman
mereka menyambut perayaan secara lisan.
ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan
mengenai perayaan di Malaysia.
iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai
pengalaman mereka menyambut perayaan masingmasing
dengan menggunakan ayat majmuk yang
betul.
Hasil Pembelajaran:
1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan
menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang
sesuai.
Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan
menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul
dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada
intonansi berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat
majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan
dan intonansi.
Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan
Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan
Menghargai.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan
kemahiran mengkategori.
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbaga : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan
emosi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan
pengalaman mereka mengenai perayaan yang
terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan
membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.
BBB : Power point, buku latihan dan alat
tulis.


Langkah
Isi kandungan
Aktiviti P & P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Murid ditayangkan
power point yang
berkaitan dengan
jenis-jenis perayaan yang terdapat di Malaysia.
i)murid diminta untuk melihat paparan
power point dan menghayatinya.

ii)murid diminta untuk membezakan jenis
perayaan mengikut kaum dan menceritakan pengalaman mereka.

iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan
tajuk pengajaran yang akan diajari pada
hari itu.
KB : menghubungkait,
inferens

BCB: menonton dengan
aktif

BBB : power point
Langkah 1
(15 minit)
Guru memberi
teks cerita yang
bertajuk “Perayaan Di Malaysia” melalui
power point.
i)murid dikehendaki untuk mengelik
salah satu pautan yang disediakan.

ii)murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul.

iii)murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil
memahami petikan tersebut.

iv)kemudian guru menanyakan soalan
kepada murid berkaitan dengan petikan
tersebut.
KB : membuat inferens

BCB : i) membaca dengan
intonansi yang betul.

ii) mendengar dengan aktif.
BBB : teks cerita, power
point

Langkah 2
(15 minit)

Guru
mengadakan
perbincangan
kumpulan antara
murid-murid dan
melakukan
pembentangan
melalui power
point.

i)murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan.

ii)murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan.

iii)murid dikehendaki membentangkan
perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka.

iv)kemudian kumpulan yang berjaya menyiapkan dahulu akan
membentangkan hasil perbincangan
mereka dan mereka akan mendapat ganjaran.

v)guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka.

KB:  menghubungkaitkan,
menjana idea

BCB : memproses
maklumat dan melaporkan
maklumat.

KP : verbal linguistik,visual,
intrapersonal, interpersonal

Nilai : kerjasama, hormatmenghormati

BBB : power point
Langkah 3
(20 minit)
Guru memberi
latihan kepada
murid-murid.

Aktiviti
Pemgayaan:
Menulis karangan
pendek
berdasarkan
tajuk yang diberi.

Aktiviti
Pemulihan:
Menyudahkan
petikan yang
diberikan dengan
mengisi tempat
kosong.
i)guru terlebih dahulu menanyakan
kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran pada
hari tersebut.

ii)guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek
mengenai perbezaan perayaan di Malaysia.

iii)guru membimbing kumpulan murid
yang memerlukan pemulihan dengan
menyediakan teks cerita yang perlu
dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong.

KB : menjana idea,
menghubungkaitkan,
membuat inferens.

BCB : mengumpul,
memproses, mencatat dan
melaporkan maklumat.

KP : intrapersonal;interpersonal,
visual, verbal-linguistik.

Nilai : bekerjasama,
menghargai,.

BBB : kertas latihan.












Penutup
 (5 minit)
Guru membuat
rumusan
mengenai
pengajaran yang
telah diajar dan
menanyakan
soalan kepada
murid akan apa
yang mereka
telah pelajari.

Guru juga
menayakan nilai-nilai murni yang
terdapat semasa
sesi pengajaran
dan pembelajaran.
i)murid digalakkan supaya mengumpul
maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambanhkan
pengetahuan mereka.

ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni
yang telah dipelajari pada hari tersebut.
Nilai-nilai murni :
-Menghargai
-Bersyukur
-Menghormati
-bekerjasama