I made this widget at MyFlashFetish.com.

All about my blog

I choose English subject and Bahasa Melayu for my blog details. This is because i teach English and Bahasa Melayu in this year. I aslo post some rancangan pengajaran harian and reflection about the teaching in my blog. Welcome to visit my blog. Please commend me if i have mistake in my blog.
Thank you.

Thursday, December 1, 2011

Laporan Perkhemahan Badan Beruniform 2011 SJK ( C ) KUO KUANG


Laporan Perkhemahan Badan Beruniform 2011 SJK ( C ) KUO KUANG

Pada 30-9-2011 dan 1-10-2011 ( Jumaat dan Sabtu), Pasukan Badan Beruniform SJK (C) KUO KUANG telah mengadakan perkhemahan di kawasan padang sekolah. Pasukan Badan beruniform yang terlibat ialah Pasukan Pengakap, Pasukan Tunas Puteri, Pasukan Pancaragam dan Pasukan Bulan Sabit Merah. Setiap Badan beruniform telah memilih 30 orang murid untuk menyertai perkhemahan ini. Seramai 120 orang murid dan 41 orang guru telah menyertai perkhemahan tersebut. Perkhemahan tersebut diketuai oleh Kem Komander Puan Lee Sow Shian.

Pendaftaran perkhemahan dimulakan pada 8.00 pagi hari Jumaat di gelanggang bola keranjang. Taklimat dan pembahagian kumpulan dijalankan selepas pendaftaran. Aktiviti pasang khemah ditangguhkan kerana hujan turun dengan lebat.

Pada pukul 8.50 pagi, cikgu Loh Shun Chian memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dan menasihati murid-murid dupaya menjaga keselamatan semasa aktiviti dijalankan. Kemudian, murid-murid rehat selama 20 minit.Seterusnya, cikgu Loh menerangkan cara-cara mengguna perkakas dapur. Beliau juga mengajar murid-murid menyanyi lagu Pada pukul 11.50 pagi, cikgu Kang Hai Then menjelaskan cara-cara permainan tradisional. Kemudian Cikgu Tey Seng Yeow pula menerangkan peraturan-peraturan perkhemahan.

Selepas makan tengah hari, guru-guru pengiring mengetuai murid-murid berjalan kaki ke Sutera Mall untuk membeli-belah. Setiap kumpulan diberi RM90.00 untuk membeli bahan-bahan dan sayur-sayur. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih murid-murid untuk membuat rancangan sebelum perbelanjaan. Aktiviti ini dapat melatih mereka menggunakan wang dengan bijak serta berpeluang berkomunikasi dengan masyarakat luar. Penilaian telah dibuat semasa aktiviti ini dijalankan.

Pada pukul 4.30 petang, semua guru dan murid kembali ke tapak perkhemahan. Kemudian mereka memasak untuk makan malam. Pada masa yang sama, penilaian dibuat oleh beberapa orang guru. Selepas makan malam, semua pasukan berkumpul di gelanggang bola keranjang pada pukul 7.30 malam. Upacara malam budaya dimulakan dengan nyalaan unggun api. Murid-murid dan guru-guru bersama-sama mengelilingi unggun api untuk menyanyikan lagu tema perkhemahan iaitu lagu “ Lagu mari kita bersama-sama”, ( Let’s get together). Seterusnya, Penyelia SJK ( C) DAERAH JOHOR BAHRU Encik The Keng Hwa dan guru besar memberikan ucapan.

Guru besar, Encik Lee Tong Heng mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sutera Mall kerana telah menderma sebanyak RM1000 kepada SJK (C ) KUO KUANG. Kemudian, guru besar menghadiahki encik The Keng Hwa cenderamata. Setelah murid-murid angkat sumpah, nyanyian dan tarian dipersembahkan. Persembahan ini telah memupuk dan mengeratkan hubungan persahabatan di kalangan murid. Pada pukul 10.15 malam, aktiviti pasang khemah dimulakan. Murid-murid belajar mendirikan khemah dengan bersungguh-sungguh.

Pada hari keesokan iaitu hari Sabtu (1-10-2011), cikgu Loh mengetuai murid-murid bersenam robik pada pukul 7.00 pagi. Kemudian, murid-murid menyediakan sarapan dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dibeli semalam. Pada pukul 8.30 pagi, permainan tradisional bermula. Antara permainan tradisional yang dimainkan ialah galah panjang, ting-ting, batu seremban, baling selipar, rembat getah, guli, jentik penutup botol, tarik guni, stik dan chapteh. Aktiviti ini bertujuan mengembangkan budaya permainan tradisional dan menjalin huibungan silaturahim. Pada masa itu juga, guru penilai juga memberi penilaian kepada setiap pasukan.

Selepas makan tengah hari di kantin, murid-murid menurunkan khemah dan membersihkan tapak perkhemahan. Kemudian murid-murid bermain “water bom” di padang. Aktiviti ini telah mengeratkan hubungan antara murid-murid dengan guru-guru.

Pada pukul 2.40 petang, majlis penyampaian hadiah dan sijil diadakan di gelanggang bola keranjang. GPK KK Puan Chong Seo Hong dan komander Puan Lee Sow Shian memberikan ucapan. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang mengorbankan masa untuk menjayakan program ini. Murid-murid berkemas untuk pulang pada pukul 3.00 petang.

No comments:

Post a Comment