I made this widget at MyFlashFetish.com.

All about my blog

I choose English subject and Bahasa Melayu for my blog details. This is because i teach English and Bahasa Melayu in this year. I aslo post some rancangan pengajaran harian and reflection about the teaching in my blog. Welcome to visit my blog. Please commend me if i have mistake in my blog.
Thank you.

Thursday, December 1, 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : Pemulihan 2J

Tarikh : 21 – 10 - 2011

Masa : 1.30pm – 2.00pm

Bilagan Murid :  30 murid

Tajuk : Tatabahasa – Kata Ganti Nama Tunjuk

Kemahiran :  4.0 Membaca perkataan

   5.0 Membina dan  menulis perkataan



Hasil Pembelajaran : Pada akhir P & P ini, murid-murid dapat

1.    Menggunakan kata ganti diri tunjuk ini, itu, sini, situ, sana.

2.    Murid dapat membaca dan memahami ayat.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid sudah diajar tentang perbezaan sebutan kedudukan objek.

Bahan Bantu Mengajar : Kad perkataan , kad kad penerangan, contoh ayat,  

                                            lembaran kerja

Nilai Murni : patuh pada arahan, memberi perhatian

Kemahiran Berfikir : menjana idea, mengingat , memahami, teknik menyebut



Langkah
Isi kandungan
Aktiviti P & P
Catatan
Set induksi
(3 minit)

  1. Guru mengucap selamat dan bertanya khabar semua murid.
  2. Guru menggunakan objek majmuk meminta murid menyatakan kedudukan objek.
  3. Guru menjelaskan topik hari ini ialah kata ganti nama tunjuk.
Kemahiran berfikir: menghubungkaitkan

BBM:
Objek majmuk ( kotak)
Langkah 1
(4 minit)
Kad perkataan
Ini    这个
         Itu    那个


   sini    这里

   situ    那你

   sana  那里

1.    Guru memaparkan kad perkataan  di papan hitam.
2.    Guru membimbing murid-murid untuk membaca perkataan yang ada pada kad perkataan.
3.    Guru menjelaskan maksud perkataan pada kad perkataan kepada murid.
4.    Guru membimbing murid untuk membaca sebanyak 2 kali.

Kemahiran berfikir:
Memahami

BBM:
Kad perkataan

Nilai murni : Memberi perhatian
Langkah 2
(7 minit)
 Kad penerangan

Ini
Menunjukkan sesuatu yang dekat.

Itu
Menunjukkan sesuatu yang jauh.

Sini
Menunjukkan tempat yang dekat.

Situ
Menunjukkan tempat yang tidak begitu jauh.

Sana
Menunjukkan tempat yang jauh dan terhalang daripada pandangan.

1.    Guru memaparkan kad perkataan dan kad maksud kata ganti nama tunjuk di papan hitam.
2.    Guru menjelaskan maksud dan kegunaan ini, itu, sini, situ dan sana .
3.    Guru membimbing murid untuk membaca maksud dan kegunaannya sebanyak 2 kali.












Kemahiran berfikir:
Teknik menyebut

BBM:
Kad penerangan
Langkah 3
(5 minit)
Contoh ayat:

1.Saya suka pensel ini.

2.Itu basikal Ali.

3.Saya duduk di sini.

4.Kamal duduk di situ.

5.Saya pernah pergi ke Kuala Lumpur. Di sana ada banyak bangunan tinggi.



1.    Guru memaparkan contoh ayat yang menggunakan kata ganti nama tunjuk di papan hitam.
2.    Guru menerangkan maksud ayat tersebut.
3.    Guru meminta murid membaca sebanyak 2 kali setiap ayat.
BBM:
Contoh ayat

Kemahiran berfikir:
Memahami

Nilai murni:
Memberi perhatian
Langkah 4
(3 minit)

1.    Guru meminta 10 orang murid keluar ke depan kelas untuk mengambil kad penerangan dan  kad perkataan.
2.    Guru meminta murid tersebut cari pasangan berdasarkan kata perkataan dengan kad penerangan.
3.    Guru membimbing dan menilai aktiviti murid.
4.    Guru membetulkan kesalahan bacaan murid-murid.


Kemahiran berfikir:
Pengayaan, memadankan, menghubungjalin

Nilai murni:
Patuh pada arahan.

BBM:
Kad perkataan,
kad penerangan

Penutup
(8 minit)
Lembaran kerja rujuk lampiran 1














1.    Murid-murid diberi lembaran kerja di mana murid-murid dikehendaki menyelesaikan latihan yang diberi.
2.    Guru menyemak hasil kerja murid-murid.
3.    Guru memberi pujian kepada murid yang buat betul.
4.    Guru membimbing membaca soalan dan jawapan lembaran kerja. 

Kemahiran berfikir:
Pengukuhan, menulis

BBM:
Lampiran

No comments:

Post a Comment