I made this widget at MyFlashFetish.com.

All about my blog

I choose English subject and Bahasa Melayu for my blog details. This is because i teach English and Bahasa Melayu in this year. I aslo post some rancangan pengajaran harian and reflection about the teaching in my blog. Welcome to visit my blog. Please commend me if i have mistake in my blog.
Thank you.

Thursday, December 1, 2011

Rancangan Pengajaran Harian ( Persekitaran Kita)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : Pemulihan 2J

Tarikh : 18 – 4 – 2011

Masa : 2pm – 3pm

Bilagan Murid :  20 murid

Tajuk : Persekitaran Kita

Kemahiran :  Perkataan KV+ KV +KV

Hasil Pembelajaran : Pada akhir P & P ini, murid-murid dapat

1.     Menyebut nama benda dengan perkataan KV+KV+KV yang betul.

2.     Mengeja perkataan KV+KV+KV.

3.     Membunyikan suku kata KV+KV+KV berdasarkan kad suku kata dengan betul.

4.     Menyatukan suku kata menjadi perkataan yang bermakna berdasarkan suku kata KV+KV+KV.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah dapat menguasai kemahiran perkataan  KV+KV dengan dapat menyebut, mengeja dan menulis perkataan KV+KV dengan betul.

Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar, kad KV+KV+KV , kad manila, lembaran kerja

Nilai Murni : Bekerjasama

Kemahiran Berfikir : Menghubungkait, pengukuhan , pengayaan, memadankan,  

                                      menghubungjalinan, teknik menyebut

Aktiviti P & P
Set induksi
1.      Guru memaparkan sebahagian daripada gambar kereta di papan hitam.
2.      Guru memberi murid-murid meneka apa benda yang terdapat dalam gambar tersebut.
3.      Guru mengaitkan dengan pelajaran hari ini, suku kata KV+KV+KV

Langkah 1
1.      Guru memaparkan gambar kereta , kemeja, kerusi, tomatodan bateri di papan hitam.
2.      Guru membimbing murid-murid untuk menyatakan apa benda yang terdapat dalam gambar.
      3.   Guru memaparkan kad gambar dan membimbing murid untuk membaca sebanyak 3 kali.

Langkah 2
1.      Guru memaparkan kad suku kata perkataan.
2.      Guru membimbing murid mengeja dan menyebut suku kata perkataan yang ditulis di kad suku kata.
3.      Guru membimbing murid untuk mengeja sebanyak 3 kali.

Langkah 3
1.      Guru memberi murid –murid memilih gambar secara rawak dan dikehendaki membaca berdasarkan gambar yang telah dipilih.
2.      Guru menyemak bacaan murid mengeja  suku kata dengan betul.
      3.   Guru memuju murid yang boleh mengeja suku kata dengan jelas dan betul.

Langkah 4
1.      Murid-murid diberi lembaran kerja di mana murid-murid dikehendaki menyesuaikan benda-benda di sebelah kiri dengan perkataan di sebelah kanan.
2.      Guru menyemak hasil kerja murid-murid.
3.      Guru member kepujian atas murid yang buat betul.

Penutup
      1.      Guru meminta sepuluh orang murid keluar ke depan kelas, lima orang mengambil gambar dan lima orang mengambil kad suku kata perkataan.
2.      Guru meminta murid tersebut cari pasangan berdasarkan gambar dengan kad perkataan.
3.      Guru membimbing dan menilai aktiviti murid.
4.      Murid-murid mengeja dan menyebut perkataan suku kata bersama-sama.
5.      Guru membetulkan kesalahan bacaan murid-murid.
      6.   Guru menerapkan kepentingan nilai-nilai kerjasama dalam aktiviti ini.

No comments:

Post a Comment