I made this widget at MyFlashFetish.com.

All about my blog

I choose English subject and Bahasa Melayu for my blog details. This is because i teach English and Bahasa Melayu in this year. I aslo post some rancangan pengajaran harian and reflection about the teaching in my blog. Welcome to visit my blog. Please commend me if i have mistake in my blog.
Thank you.

Friday, December 9, 2011

Rancangan pengajaran harian


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : Pemulihan 2J

Tarikh : 23-3-2011

Masa : 1.00pm – 2.00pm

Bilagan Murid : 30 murid

Tajuk : Perkataan kv+kv+kv

Kemahiran : Perkataan kv +kv+kv



Hasil Pembelajaran : Pada akhir P & P ini, murid-murid dapat

1. menyebut 3 daripada 5 nama benda dalam gambar yang ditunjukkan dengan betul.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah dapat menyebut, mengeja, menyatukan suku kata dan menulis perkataan v+kv

Bahan Bantu Mengajar : Kad perkataan , gambar, sebahagian gambar kereta,  lembaran kerja

Nilai Murni : kerjasama

Kemahiran Berfikir : menghubungkait

Langkah
Aktiviti P&P
Set induksi
(3 minit)
1.     Guru memaparkan sebahagian daripada gambar kereta di papan hitam.
2.     Murid-murid meneka apa benda yang terdapat dalam gambar tersebut.
3.     Guru mengaitkan dengan pelajaran hari ini.

Langkah 1
(20 minit)
1.     Guru menggunakan gambar yang telah dipaparkan tadi dank ad perkataan dengan menampalnya di papan hitam.
2.     Guru membimbing murid-murid untuk membaca perkataan tersebut sebanyak 3 kali.
3.     Guru menjelaskan makna perkataan tersebut kepada murid-murid.
4.     Guru menceraikan perkataan tersebut kepada suku kata dan membimbing murid-murid untuk mengeja perkataan tersebut.
5.     Langkah-langkah 1 hingga 4 diulangi dengan menggunakan perkataan kepala, kamera, perahu, petani.

Langkah 2
(20 minit)
1.     Guru memberikan kad-kad ceraian suku kata kepada murid-murid.
2.     Murid-murid dikehendaki mencntumkan kad-kad ceraian suku kata yang telah diberikan berdasarkan apa yang baru dipelajari.

Langkah 3
(12 minit)
1.     Guru memberikan lembaran kerja kepada murid-murid.
2.     Guru menyemak hasil kerja murid-murid.

Penutup
(5 minit)
1.     Guru memaparkan gambar dank ad-kad perkataan yang baru dipelajari di atas papan hitam.
2.     Murid-murid membaca bersama-sama.
3.     Guru menyemak bacaan murid-murid.



No comments:

Post a Comment