I made this widget at MyFlashFetish.com.

All about my blog

I choose English subject and Bahasa Melayu for my blog details. This is because i teach English and Bahasa Melayu in this year. I aslo post some rancangan pengajaran harian and reflection about the teaching in my blog. Welcome to visit my blog. Please commend me if i have mistake in my blog.
Thank you.

Thursday, December 1, 2011

Refleksi Makro pengajaran


Refleksi Makropengajaran

Selepas makropengajaran saya, saya didapati objektif pengajaran saya masih tidak boleh tercapai. Melalui semakan latihan yang saya berikan kepada murid, saya mendapati beberapa murid masih tidak dapat menguasai dan memahami tajuk yang saya ajar. Sebahagian murid yang tidak dapat menguasai tajuk yang saya ajar itu adalah kepada mereka tidak menumpukan perhatian semasa waktu pembelajaran saya. Mereka asyik membuat bising dan bermain di dalam kelas manakala sebahagian murid yang lain tidak memahami adalah kerana ingatan mereka lemah dan lambat. Mereka perlu menggunakan masa yang lama untuk memahami dan mengingat. Oleh itu saya perlu mengambil masa yang terluang untuk mengajar murid yang lemah dan lambat ini.

Semasa saya menjalankan p&p, murid-murid aktif untuk menjawab soalan saya , tetapi ada yang menjawab salah. Saya telah membetulkan jawapan mereka pada masa itu. Pelajar yang cemerlang dalam kelas ini boleh menjawab soalan saya dengan betul manakala pelajar yang lemah tidak dapat menjawab soalan saya. Oleh itu, saya akan cuba mengubah soalan saya dengan membahagikan kepada kategori senang dan susah.

Saya perlu mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya untuk pelajar yang lemah. Jika untuk pelajar yang pandai, rancangan pengajaran yang saya telah gunakan semasa makropengajaran sesuai. Oleh itu saya akan menukar kaedah pengajaran saya dalam tajuk ini dengan menggunakan kaedah “ tunjuk-tunjuk” bagi pelajar yang lemah dan lambat. Melalu8i kaedah “tunjuk-tunjuk” dalam pengajaran dapat memupuk kefahaman yang mendalam terhadap murid-murid yang lemah dan seterusnya dapat memberi kesan positif terhadap pencapaian akedamik mereka secara langsung. Hal ini kerana penggunaan anggota tubuh murid-murid dalam pembelajaran melibatkan aspek lokolotif fizikal murid-murid sekaligus dapat merangsang dan perkembangan kognitif murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku, berbanding dengan kaedah penerangan konvensional yang hanya menerapkan serta merangsang perkembangan kognitif sahaja.

Alat bantu yang saya gunakan tidak menarik tumpuan murid-murid, murid-murid berasa bosan semasa melihat alat bantu mengajar yang saya gunakan. Murid lebih suka melihat alat bantu mengajar  yang canggih. Oleh itu saya boleh menggunakan ICT semasa waktu P&P saya sebagai alat bantu mengajar.Melalui media yang akan digunakan dapat menarik murid untuk semangat belajar. Media banyak macamnya, salah satunya adalah media animasi, yang merupakan salah satu contoh pemanfaatan teknologi dalam menunjang proses pendidikan. Media ini dapat meningkatkan semangat dan perhatian murid untuk belajar, sehingga gangguan dalam kelas dapat diminimalisir, demikian juga bagi murid yang mengantuk, akan membuat mereka tergerak untuk memperhatikan pelajaran. Serta penggunaan animasi ini dapat menanamkan konsep dan pemaknaan yang sama dalam otak murid dibandingkan dengan media lain seperti gambar.

Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajar ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya akan mengubah rancangan pengajaran saya yang sesuai kepada golongan murid yang lemah dan cemerlang. Saya akan mencipta aktiviti yang menarik kepada murid semasa waktu pengajaran saya. Bagi pelajar yang tidak menumpukan perhatian dan suka membuat bising, saya akan mendenda mereka dan cuba menasihatkan mereka belajar kerana belajar adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain, ada ilmu pengetahuan orang lain tidak akan pandang rendah terhadap mereka. Saya akan menggunakan ICT untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar saya suntuk memupuk minat murid untuk belajar.


No comments:

Post a Comment