I made this widget at MyFlashFetish.com.

All about my blog

I choose English subject and Bahasa Melayu for my blog details. This is because i teach English and Bahasa Melayu in this year. I aslo post some rancangan pengajaran harian and reflection about the teaching in my blog. Welcome to visit my blog. Please commend me if i have mistake in my blog.
Thank you.

Thursday, December 1, 2011

Refleksi Mikropengajaran




Kekuatan:

            Dalam sepanjang proses p&p ini, cara pengajaran yang digunakan agak berkesan. Cara pengajaran yang telah digunakan ialah mengajar muriduntuk membaca dan mengeja secara berulang-ulang. Cara ini membolehkan murid-murid lebih mudah ingat dan akhirnya dapat baca tanpa bimbingan guru. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemusian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.

            Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

Kelemahan:

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan mikropengajaran ialah alat bantu mengajar. Kad gambar dan perkataan yang saya gunakan tidak jelas. Gambarnya agak kecil, murid susah untuk melihat. Perkataan yang saya telah cetak dalam kad terlalu kecil, murid susah untuk membaca. 

Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.



Langkah mengatasi:

Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan mikropengajaran, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah saya boleh menggunakan ICT semasa waktu P&P saya sebagai alat bantu mengajar.Melalui media yang akan digunakan dapat menarik murid untuk semangat belajar. Media banyak macamnya, salah satunya adalah media animasi, yang merupakan salah satu contoh pemanfaatan teknologi dalam menunjang proses pendidikan. Media ini dapat meningkatkan semangat dan perhatian murid untuk belajar, sehingga gangguan dalam kelas dapat diminimalisir, demikian juga bagi murid yang mengantuk, akan membuat mereka tergerak untuk memperhatikan pelajaran. Serta penggunaan animasi ini dapat menanamkan konsep dan pemaknaan yang sama dalam otak murid dibandingkan dengan media lain seperti gambar.

Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.

No comments:

Post a Comment