I made this widget at MyFlashFetish.com.

All about my blog

I choose English subject and Bahasa Melayu for my blog details. This is because i teach English and Bahasa Melayu in this year. I aslo post some rancangan pengajaran harian and reflection about the teaching in my blog. Welcome to visit my blog. Please commend me if i have mistake in my blog.
Thank you.

Thursday, December 1, 2011

Refleksi (Persekitaran Kita)


Refleksi

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : Pemulihan 2J

Tarikh : 18 – 4 – 2011

Masa : 2pm – 3pm

Bilagan Murid :  20 murid

Tajuk : Persekitaran Kita



Kekuatan

            Dalam sepanjang p &  P ini, cara pengajaran yang digunakan agak berkesan untuk murid-murid pemulihan. Sesi pengajaran ini telah melibatkan aktiviti bagi murid-murid untuk membaca dan mengeja sebanyak beberapa kali. Ingatan murid-murid pemulihan adalah sangat lemah. Jadi, mereka perlu mengulangi banyak kali apabila mempelajari sesuatu. Aktiviti yang di rancang ini telah memenuhi kehendak murid-murid pemulihan. Kami telah meminta murid-murid untuk membaca dan mengeja sebanyak beberapa kali supaya dapat mengukuhkan ingatan murid-murid pemulihan.

Selain itu, kad-kad ceraian suku kata juga sangat berguna kepada murid-murid pemulihan. Dengan adanya kad-kad ceraian suku kata ini, murid-murid lebih mudah untuk membaca perkataan tersebut kerana dapat mengeja suku kata perkataan tersebut dahulu dengan bantuan kad-kad ceraian suku kata.

Kelemahan

Dalam sesi penutup, guru meminta sepuluh orang murid keluar ke depan kelas, lima orang mengambil gambar dan lima orang mengambil kad suku kata perkataan.

Guru meminta murid tersebut cari pasangan berdasarkan gambar dengan kad perkataan. Aktiviti ini telah menyebabkn murid-murid berebut untuk mengambil pilihan tersebut.

            Walaubagaimanapun, murid-murid pemulihan tidak mempunyai buku cataan sendiri untuk catatkan perkataan-perkataan yang baru dipelajari. Hal ini telah menyebabkan mereka tidak dapat mengulangkaji pelajaran di rumah dan menjadikan mereka tidak ingat perkataan-perkataan yang baru diajar.





Tahap kepuasan kendiri

            Dalam sesi p & p ini, kami sangat puas hati kerana ramai murid dapat menguasai kemahiran yang diajar. Dengan ini, kami telah lebih memahami tahap pencapaian murid-murid pemulihan. Kami mula dapat merasai perasaan kejayaan walaupun bukan semua murid yang dapat menguasai kemahiran tersebut. Akan tetapi, kami tidak berpuas hati dengan teknik pengawalan kelas kami. Murid-murid masih membuat bising dan menyebabkan murid-murid lain tidak dapat tumpukan perhatian dalam kelas.

Tindakan penambahbaikan

            Sebagai tindakan penambahbaikan, kami akan memikirkan penutup yang lebih baik supaya kesemua murid boleh diberi peluang untuk melakukan aktiviti bersama. Hal ini dapat mengelakkan murid-murid berebut untuk melakukan aktiviti ini.

            Selain itu , kami akan membeli buku 555 kepada murid-murid untuk mencatat perkataan-perkataan yang baru dipelajari supaya mereka dapat mengulangkaji di rumah. Buku kecil berjudul “ Saya budak baik” yang telah dirancang sebelumnya akan bergabung dengan buku 555 supaya mereka tidak perlu bawa 2 buah buku pada masa yang sama.




No comments:

Post a Comment