I made this widget at MyFlashFetish.com.

All about my blog

I choose English subject and Bahasa Melayu for my blog details. This is because i teach English and Bahasa Melayu in this year. I aslo post some rancangan pengajaran harian and reflection about the teaching in my blog. Welcome to visit my blog. Please commend me if i have mistake in my blog.
Thank you.

Friday, December 9, 2011

Refleksi


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Pemulihan 2J
Tarikh : 23-3-2011
Masa : 1.00pm – 2.00pm
Bilagan Murid : 30 murid
Tajuk : Perkataan kv+kv+kv
Kemahiran : Perkataan kv +kv+kv

Refleksi:

               Dalam sesi P&P yang bertempoh satu jam ini, kekuatannya ialah set induksi yang menarik telah dapat menarik minat dan perhatian murid-murid. Set induksi yang telah dijalankan ialah murid-murid dikehendaki meneka apa nama benda yang terdapat dalam gambar yang telah tersembunyi beberapa bahagian. Murid-murid telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti ini. Apabila guru mengumumkan jawapan, mereka berasa sangat gembira kerana telah menjawab dengan betul. Tambahan pula, gambar yang diteka ialah gambar kereta. Kereta merupakan benda yang disukai dalam kalangan murid-murid. Jadi ,set induksi ini adalah sangat berkesan.
               Cara pengajaran sayan yang terlalu cepat, tidak sesuai dengan murid-murid. Tahap penguasaan murid-murid adalah sangat lambat dan lemah. Hal ini telah menyebabkan kebanyakkan murid-murid tidak dapat mengikut p&p yang dijalankan.
               Apabila menyuruh murid-murid untuk membaca, saya telah mengajar mereka mengeja dahulu. Hal ini telah menjadikan satu kesalahan yang teruk kerana mereka hanya tahu membaca keseluruhan perkataan selepas mengeja suku kata. Ada sebahagian daripada mereka hanya tahu mengeja suku kata, tetapi tidak tahu membaca keseluruhan perkataan. Oleh itu, pafa akhir p&p, murid-murid masih tidak berupaya membaca perkataan sendiri.

No comments:

Post a Comment