I made this widget at MyFlashFetish.com.

All about my blog

I choose English subject and Bahasa Melayu for my blog details. This is because i teach English and Bahasa Melayu in this year. I aslo post some rancangan pengajaran harian and reflection about the teaching in my blog. Welcome to visit my blog. Please commend me if i have mistake in my blog.
Thank you.

Saturday, December 10, 2011

Refleksi


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Pemulihan 2J
Tarikh : 7-4-2011
Masa : 2.00pm – 3.00pm
Bilagan Murid : 30 murid
Tajuk : Perkataan kv+kv+kv
Kemahiran : Perkataan kv +kv+kv
Hasil Pembelajaran : Pada akhir P & P ini, murid-murid dapat
           1. menulis 3 daripada 5 perkataan kv+kv+kv berdasarkan gambar dengan betul.


Refleksi:
          Dalam sesi p&p, kekuatannya ialah sesi pengajaran. Sesi pengajaran telah melibatkan aktiviti bagi murid-murid untuk membaca dan mengeja sebanyak beberapa kali. Ingatan murid-murid pemulihan adalah sangat lemah. Jadi, mereka perlu mengulangkaji banyak kali apabila mempelajari sesuatu. Aktiviti yang dirancang ini telah memenuhi kehendak murid-murid pemulihan. Saya telah meminta murid-murid untuk membaca dan mengeja sebanyak beberapa kali supaya dapat mengukuhkan ingatan murid-murid pemulihan.
          Selain itu, kad-kad ceraian suku kata juga sangat berguna kepada murid-murid pemulihan. Dengan adanya kad-kad ceraian suku kata ini, murid-murid lebih mudah untuk membaca perkataan tersebut kerana mereka dapat mengeja suku kata perkataan tersebut dahulu dengan bantuan kad-kad ceraian suku kata.
          Walaubagaimanapun, murid-murid pemulihan tidak mempunyai buku catatan sendiri untuk catatkan perkataan-perkataan yang baru dipelajari. Hal ini telah menyebabkan mereka tidak dapat mengulangkaji pelajaran di rumah dan menjadikan mereka tidak ingat perkataan-perkataan yang baru diajar.
          Dalam sesi p&p ini, saya berasa sangat gembira kerana hari ini saya lebih mesra dengan murid-murid pemulihan. Dengan ini, saya telah lebih memahami murid-murid pemulihan. Selain itu, lebih ramai murid-murid dapat menguasai kemahiran yang diajar berbanding dengan kali yang sebelumnya. Saya mula dapat merasai perasaan kejayaan walaupun bukan semua murid yang dapat menguasai kemahiran tersebut.
          Sebagai tindakan penambahbaikan, saya akan membeli buku 555 kepada murid-murid untuk mencatat perkataan-perkataan yang baru dipelajari supaya mereka dapat mengulangkaji di rumah. Buku kecil yang berjudul “Saya budak baik” yang telah dirancang sebelumnya akan bergabung dengan buku 555 supaya mereka tidak perlu bawa 2 buah buku pada masa yang sama.


No comments:

Post a Comment